Ni le flight yg kami naik utk ke makkah, flight SV 831 Saudi air lines berlepas dari KLIA jam 3ptg dan sampai ke Jeddah jam 6.20 ptg waktu Arab saudi (11.20 waktu msia) penerbangan mengambil masa selama lebih kurang 8 jam 20 minit.
Siap ada video, radio ngan game , tak ada le boring sangat dalam flight. Mula2 naik tu pramugari akan bagi tisu lembab selepas tu dia akn bagi kita satu bungkus plastik yg berisi stokin, penutup mat (utk tidur),berus dan ubat gigi. Lepas tu baru berlepas...
Setelah berlepas ketika berada di udara dia akan beri kita earphone utk dengar radio dan video. Mula2 tu tak reti juga nak pasang. Jenuh le jugak terkebek-kebek(adjust). Kebek punya kebek last2 tengok cerita cerita Hindustan heeeee........ Lepas tu sampai minuman, aku minum susu je yg lain ada le macam jus buah, aku tak nak minum sebab tengah kena gastrik. 10 min lepas tu baru dapat makanan. makan nasi lauk ayam, roti,kek banyak juga tapi semua hantam sapu habis tak tinggal dah. Habis makan baru layan video. Agak2 boring tengok video tido le. Dah puas tidor layan video balik maklum le lama kat atas tu 8 jam 20 minit.
Speed kapal terbang masa tu lebih kurang 920km/j. Kalau naik kereta le tak tau le cam mana le berdesubnya pergi. Bila dah boring tidur tengok video pun dah jemu aku pergi lepak kat belakang flight, saja nak tengok toilet flight ni cam mana (maklum le first time). Untuk membuang yg kecil2 tu boleh le tapi yg besar2 tu rasa tak tergamak pula nak calit2 heheeheehe.....!!. Lepas keluar toilet saja lepak2 ngan bro2 yg gian nak hisap rokok tapi apa bolah buat nak hisap tak boleh,tahan aje le. Pada lepak2 kat belakang flight tu member ni cakap yg duduk kat seat belakang tu Battey Benafy(sorry aku tak reti nak eja nama dia),aku pun tengok le rupanya memang dia. Dia pergi umrah dengan family dia. Kat Madinah aku pun ada jumpa dia. Rupanya dia ni pandai cakap arab wehhhh...!Artis yg satu flight dengan kami lagi ialah Ruminah Sidek. Dia ni, sebelum, semasa dan setelah sampai ke Jeddah bayak berzikir. Mulut dia kumat kamit membaca zikir.
Setelah lebih kurang 7 jam perjalanan kami disajikan dengan makanan yg kedua. Hantam lagi.. Makanan dari mas catering ni sedap2 belaka. Pukul 6.20 waktu Arab Saudi (11.20mlm waktu msia) kami pun sampai ke Jeddah.
Tewas
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya
disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan.
2. Walaubagaimanapun saya ingin menjemput...
4 years ago